4 January 2009

Rinduku...

Telah 3 bulan aku n famili berada disini tetapi aku rasa macam 3 tahun...lama giler!!! Rindu sekali dengan semua yang ada di Malaysia....

Rindu dengan ibubapa tercinta dan kakak3 serta abang2 tersayang...betapa seronoknya apabila kami dapat berkumpul dan bertukar2 cerita serta makan makanan kegemaranku...pecal dan cendol ..ehmmmmm enak sekali!!! Dan setiap aku balik kampung aku tak lupa gan masakan kegemaranku "tumis gandol" dan sambel belacan...hihihi kalu orang jowo taulah...

Rinduku juga dengan teman2 sekerja dan anak2 muridku...di Maahad Hamidiah...Aku telah berkhidmat di situ sejak tahun 1995 hinggalah aku cuti tanpa gaji mengikut suami september 2008.Lebih kurang 13 tahun aku berada di Maahad Hamidiah...aku dah sebati gan maahad. Aku berharap dapat berkhidmat semula di situ...

Rinduku dengan aktiviti2 selepas sekolah....window shopping, facial, inai rambut , swimming,minum petang di warta, Kompleks PKNS....Tingat aku selalu makan roti bakar gan Syimah dan kna di restoran ayamas...

Rinduku untuk berada dirumah sendiri...entah bagaimana rumahku kini...harap2 semuanya berkeadaan baik...dah 2 kali pencuri masuk rumahku sejak aku disini...

Rinduku jua pada orang2 yang banyak memberi sokongan dan semangat ....terimakasih...

Yang pasti kini aku memang amat merindui untuk berada di tanah air sendiri......

No comments: