Terkenang zaman aku belajar di UPM. Masa tu aku amik diploma pertanian sesi 1986/89.Coursemate punyalah ramai ...adalah dalam 300 org kut...takleh nak kenal semua coursemate. Aku duduk di Blok merpati,KK2.
Course diploma pertanian ni mmg agak mcabar bagi student pompuan coz banyak guna tenaga tp alhamdulillah dapat abis jugak. Ingat lagi mula2 kena bawa cangkul berjalan kaki ke unit hortikultur (dlm 1 km) rasa cam nak menangis dahlah tu kena marah pulak gan pegawai kat hort tu...pas tu kena pulak buat batas sayur ....hai terpaksalah ...banyak pacat pulak tempat tu ...nasib baik ada senior tolong siapkan buat batas so oklah ...
Selepas beberapa bulan, barulah aku naik motor so alhamdulillah taklah penat nak pi lecture n pi kebun. Tempat lecture n kebun agak jauh dr kolej.Masa tu rasa tak seronok belajar tp bila dikenang2 balik...masa tulah paling seronok.
Habis je first year aku dapat tawaran untuk terus buat Bachelor Sains pertanian tp aku tolak...masa tu takut tak blh bawak. So aku teruskan buat diploma.Tahun 2 dan 3 aku buat ladangkongsi...ternak ayam ,tanam jagung dan kacang tanah. Group ladang aku 10 org ..8 lelaki n 2 org perempuan...group aku terdiri dari pm selaku ketua, labu,nurul,naim,adi,mat yi,remi,aki dan mah...semua bekerjasama dan banyak kenangan bila buat ladangkongsi ni...susah senang bersama. Saat2 yg segar dlm ingatan bersampan di tasik,pi bagi makan ayam tengah malam,jual jagung tepi jalan,naik motor besar, pi program pengembangan di Sg kembung Hulu dan banyak lagilah.Hasil jualan ladangkongsi taklah seberapa setelah tolak kos pengeluaran ...tp yang penting adalah pengalaman....
Camne tetiba teringat zaman diploma ni? Hihihi kat uk ni banyak benor ladang, tu yang teringat ladangkongsi...pi mana je kat sini mesti lalu ladang2 .....
No comments:
Post a Comment