5 August 2009

Penat europe masih terasa..

Tour Europe membawa banyak kenangan pahit n manis. Aku sampai rumah hari isnin jam 12 malam. Pergi naik kete tp balik kami terpaksa naik kete sewa. Kete kami rosak di Austria dan tak berbaloi kalu dibaiki disana atau dibawa balik...kosnya tinggi.Jadi kete tu terpaksa di'scrap'! n malangnya kami tak dapat apa2 gantirugi...cuma kami dpt cover hotel n transport. So kami tak dapat meneruskan perjalanan kami ke Italy. Kami terpaksa menginap di austria semalam. Bila kete tak blh buat ape dah kami terpaksa naik train ke Geneva. Inilah yg paling memenatkan coz terpaksa tukar 5 kali...dengan barang2 pulak tu.
Mungkin ini dugaanNya...aku tetap bersyukur kerana selamat sampai rumah. Kini kami tiada kete so terpaksa mencari kete lain itupun selepas hubby balik dr Msia. Hubby akan balik Msia Jumaat ni selama 2 mgg. Hai....mati kutulah aku jawabnya.

No comments: