Kau tiada lagi di sisi
Kau telah pergi bertemu Tuhan
Tuhan yang telah mengizinkan
Untuk kau lahir ke dunia sbg hambaNya
Tuhan yang telah memilihmu
Sebagai insan yang punya keistimewaan
Juga Tuhan yang telah memanggilmu pulang
Di saat aku tidak menyangka
Ingatanku padamu semakin utuh
Biarpun jasadmu tidak lagi di sisi
Kenangan lalu menjadi pengubat rindu
Rindu yang ku pendam selama setahun
Berpanjangan entah bila ianya akan terungkai
Dengan satu pertemuan
Aku masih tidak percaya
Yang kau telah tiada
Pemergianmu benar2 mengejutkan aku
Kau pergi di saat kau memberikan harapan
Kau pergi bersama ketabahan dan kecekalan
Kekuatan dan kesabaran
Yang telah lama tersemat dan bersemadi dlm hatimu selama ini
Ku imbas kembali
Kehidupanmu yg penuh liku2 dan ujian dariNya
Namun tiada keluhan atau sesalan yang kau pamerkan
Kau lalui setiap langkah kehidupanmu dgn tenang
Tetapi kini
Tidak lagi dapat ku lihat
Seorang insan yang melayari hari2nya dgn penuh sabar
Kerana kau telah menerima jemputan istimewa daripada RabbMu
Kau telah menyahut panggilan dari Tuhan yang sgt menyayangimu
Kehilanganmu masih terasa
Ketiadaanmu di sisi merubah suasana
Kekosongan jelas terpancar dalam kehidupanku kini
Namun, tiada siapa yang berdaya
Melawan takdir Illahi
Biarpun aku masih tidak percaya akan pemergianmu
Hakikatnya kau telah tiada
Namun, aku terus berharap dan berdo’a
Agar Allah memberi peluang
Dengan satu pertemuan abadi denganmu di JannahNya kelak
Aku pohon dari Tuhan agar dikau tenang di sampingNya
Bak pengantin yang sedang nyenyak tidur
Menanti hari bahagia
Iaitu hari dikau bertemu Allah dengan seri wajah
Iaitu hari dikau dihadiahkan syurga Firdausi
Aku berharap agar Allah terus memberi kekuatan kepadaku
Untuk redha dan sabar menghadapi sebuah kehilangan
Yang amat berharga buat diriku
Aku terus memanjatkan do’a kepada Allah
Agar mengurniakan ketabahan dan kekuatan sepertimu
Untuk menghadapi hari2 yang mendatang
Aku memohon dariNya agar sentiasa memimpinku
Setiap saat menuju JannahNya
Ingatan padamu ku jadikan inspirasi buat diri
Untuk terus cekal dan tabah meniti kehidupan
Rindu padamu kugantikan dgn kalungan do’a buat dirimu
Kerana hanya itulah yang mampu meyakinkan aku
Yang kau telah pergi buat selamanya
Menghadap Allah dengan tenang dan bahagia
No comments:
Post a Comment