22 October 2009

Bila usia dah meningkat...

Terasa badan semakin tak larat...bangun pagi jari jemari rasa kaku sejak dok di uk ni...may b coz sejuk atau faktor usia yg semakin meningkat ... dah mula jem anggota badan ni. Bila dah camni baru teringat nak makan supplement...so aku pun pi ASDA mencari supplement yang sesuai . Aku ternampak Evening primrose oil sekali gan cod liver oil(2 dlm 1)...aku amik yg brand ASDA je coz murah beli 2 dpt 4 pound...Sebelum ni aku penah sakit lutut ....alhamdulillah lutut ni elok pas makan cod liver oil...tp bila dah tak sakit aku mula leka ...tak makan dah supplement tu...and then la ni dah mula terasa balik. Bila dah terasa sakit balik ni barulah kalut nak makan supplement tu....hehehe ....tp kali ni aku dah upgred ...gan evening primrose oil!!! Mudah2an diberi kesihatan yg baik pas ni dengan izinNya.

Apakah Evening Primrose Oil?

Evening Primrose Oil merupakan punca khasiat semula jadi yang terkaya (selain dari susu ibu) bagi Asid Gamma Linoleik (GLA) pelopor Prostaglandin. Setiap sel dan organ di dalam tubuh manusia bergantung kepada Prostaglandin yang diperlukan oleh tubuh 24 jam sehari. Di England ia telah diberikan kepada wanita sejak 30 tahun yang lalu oleh Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan. Ia juga merupakan minyak yang diekstrak dari biji pokok Oenothera biennis.

Kebaikan Evening Primrose Oil

Minyak ini begitu banyak khasiatnya kepada badan dan memberi impak kepada kesihatan. Ia mampu:

  • mengubati ekzema dan allergik
  • mengatasi masalah kesakitan di payudara setiap kali datangnya haid setiap bulan
  • baik untuk wanita dalam mengatur haid selain mengatasi senggugut
  • menurunkan tekanan darah, kolesterol dan berat badan
  • melancarkan peredaran haid
  • mengurangkan pembekuan darah dalam arteri
  • meningkatkan kesihatan kulit dan menolong keadaan keradangan
  • menguatkan sistem imun
  • Jurnal Perubatan New Zealand telah membuktikan ia berkesan bagi rawatan penyakit kulit

MINYAK IKAN, DHA, EPA, OMEGA-3

DHA adalah singkatan kepada docosahexaenoic acid. DHA tergolong dalam kumpulan essential fatty acid. Ini bermakna sumber utamanya tidak dikeluarkan oleh badan anda. Badan hanya mengeluarkan sedikit sahaja DHA. Bayi mendapat DHA dari susu yang diberi oleh ibunya. Sumber utamanya didapati dalam bentuk pemakanan.

60% otak manusia adalah diperbuat daripada lemak. Kebanyakan lemak ini pula diperbuat daripada DHA. Oleh itu DHA amat penting dalam pertumbuhan otak yang sihat.

Sumber utama

Sumber utama DHA ialah dari ikan laut dalam seperti salmon dan ikan kod. Persediaan minyak ikan (fish oil) yang banyak dijual di farmasi-farmasi mengandungi DHA dan satu lagi bahan yang dinamakan EPA. DHA dan EPA membentuk Omega-3.

Sumber utama DHA lain termasuklah telur dan daging. DHA adalah bahan aktif minyak ikan. DHA dalam badan mungkin ditukar menjadi EPA.

Kebaikan utama DHA

Kebaikan utama dari pengambilan DHA ialah :

bullet

pertumbuhan otak yang cergas. Oleh itu ia penting dalam proses pembelajaran.

bullet

pertumbuhan retina mata (penglihatan) yang baik.

bullet

pertumbuhan saraf-saraf yang baik.

Kelebihan-kelebihan lain DHA

Kelebihan lain DHA dan minyak ikan (Omega-3 iaitu kombinasi DHA + EPA) ialah :

bullet

mengurangkan triglycerides (lemak).

bullet

mengurangkan risiko sakit jantung dan saluran darah tersumbat.

bullet

menurangkan risiko tekanan darah tinggi.

bullet

mengurangkan risiko tekanan perasaan (depression) dan alzheimer.

bullet

mengurangkan risiko mendapat penyakit-penyakit lain seperti kencing manis (Type II), arthritis (sakit sendi), myocardial infarction, atherosclerosis dan juga kanser. Bagaimanapun ada antara kajian yang melibatkan penyakit-penyakit ini belum memutuskan secara pasti kaitan antara DHA dan EPA dengan penyakit-penyakit tersebut.


No comments: