14 April 2010

Sebelum Berlalu

SMTM :
Sering hati ini gelisah
Menunggu saat perpisahan
Antara kau dan aku
Betapa tidak?
Kerana dua musin telah berlalu
Di dalam pelukanmu
Hingga aku arif
dengan budi bicaramu
Bersama iringan senyum tawa
Juga...
Cucuran kesedihan airmata
Di samping beribukan kasih setiamu

Tapi SMTM :
Sebelum aku berlalu
Dari lubuk hatimu
Bisikkanlah ke telingaku
Aku merestui kau pergi
Jua aku doakan kau
Berjaya dalam spmmu
Setibanya Mac 1986
Aku dapat kalungkan dirimu
dengan keharuman bunga kejayaanmu
Untuk engkau banggakan
Dalam menjalani hari-hari esok
Bersama kekasih barumu!

Rosnie Koronay
5P1
Bukit Piatu,Melaka(1985)

No comments: