5 December 2009

Ustaz Arman

Malam tadi aku terbaca status ustaz zainaphi ...ustaz arman,ex-ustaz maahad hamidiah berada di icu di Jordan coz diserang stroke dan masih tak sedarkan diri . Pagi ni aku terus call member di Malaysia utk dapatkan cerita selanjutnya...rupanya ustaz arman keje di MSd Jordan sejak tahun lepas...keadaannya buat masa ini dia masih koma coz ada pendarahan di otak. Ya Allah, mudah2an dia cepat sembuh...

4 December 2009

Frosty

Weather minggu ni mmg sejuk...ini pun dah 2 kali fros...kalau dulu2 tengok mat salleh bercakap kuar asap... teringin nak rasa camtu...tp bila la ni mengalami sendiri...hai lebih baik dok kat malaysia...tak tahan !! 2 minggu ni lak kena hantar n amik sarah ...bercinta betul nak keluar rumah....

3 December 2009

Mee hailam n Chicken pie


Mee hailam versi sendiri...hihihi...teringat mee hailam kat Restoran Impian Maju...aku mmg suka mee hailam kat situ ...sedap...kat sini terpaksalah buat sendiri ....tak samalah cam makan dikedai ...huhuhu.




Beli short crust pastry dah lama tp tak buat2...sampai nak expired so hari ni terpaksa buat jugak...anak2 kurang gemar makan jenis2 pie ni... tu yang malas nak buat...last2 kita jugak tukang perabis...coz sayang nak buang. Pastry dah readymade so tinggal buat fillingnya je...aku main bantai je...masuk je bahan2 yg ada di rumah...

cok bantal


sejuk2 ni memang sedap je tengok makanan ....tambah lagi tengah puasa....ingat nak buat chocolate cheese cake tp mira dah buat tiramisu ...chatt gan ina...dia buat cok bantal hari ni so aku pun teringinlah pulak macam sedap je kalu makan panas2...lagipun senang jer buatnya...sambal bilis dah ada...utk pencicah! Amik resepi di myqresepi...tq!

Bahan2nya..
  • 3 cawan tepung gandum - diayak
  • 2 sudu teh yis
  • 3 sudu teh garam
  • 3 sudu besar gula halus
  • 3 sudu besar butter / margerin (suhu bilik)
  • 1 biji telur
  • ¼ cawan air ( tambah@kurangkan bergantung doh)
  • Bahan - Bahan Sambal Bilis
  • 150 - 200 gm ikan bilis (dibasuh dan ditoskan)
  • 1 labu bawang besar dimayang
  • 6 ulas bwg merah (Ditumbuk /blend)
  • 3 ulas bawang putih (Ditumbuk /blend)
  • 4-5 sudu cili boh
  • 1/2 inci belacan (Ditumbuk /blend)
  • ¼ cawan air asam jawa (lebihkan kalau suke masam)
  • Garam dan Gula secukupnya

Cara-cara

  1. Untuk CokBantal: Campurkan semua bahan-bahan kecuali air dan kacau. Masukkan air sikit-sikit sambil uli doh.Uli sampai sebati dan licin.Tutup mangkuk doh dan perap selama 30 minit. Canai setebal 1 cm dan potong ikut pattern yang anda suka.(kite potong bentuk bantal peluk =P) Goreng dalam minyak deepfry yang telah dipanaskan sampai warna keemasan..nampak garing..SIAP!
  2. Untuk Sambal Bilis : Tumiskan bahan blend hingga garing sikit.Masukkan cili boh dan goreng hingga naik minyak.Tambahkan air asam, gula dan garam.Masukkan ikan bilis dan bawang besar dan goreng hingga masak. Happy trying! =)
  3. *Suggestion : Masak sambal bilis dulu supaya boleh nikmati cok bantal panas-panas.

2 December 2009

sambutan Aidil adha di Knowle,Bristol


Jemputan khas....Ustaz Erfino dari MSD

Semua khusyuk mdengar ceramah ...

Juadah ...kuih muih , sup kambing n ayam kurma...

Warga MCB n MCS





apam gula hangus n popia goreng

hari ni puasa ...bayar puasa yg tertinggal...seronok puasa time winter ni coz siang pendek...jam 4 dah buka...
Teringin lak nak makan apam gula hangus ...cari resepi di myresepi...alhamdulillah jadi tp rupa tak bape cantik...takpelah asal rasanya sedap....Tengah buat apam teringat lak taugeh kat fridge...rosak pulak kalu dibiarkan lama2...aku pun buatlah popia goreng...




Bahan-bahan:
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 sudu teh soda bikarbonat.
  • 1 1/2 cawan tepung gandum.

Cara-cara

  1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan
  2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit
  3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
  4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
  5. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
  6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik.
  7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.

30 November 2009

Ditinggal lagi...

Hubby balik malaysia lagi hari ni...kursus ptk.Kursus ptk cuma 3 hari tp dia balik 2 minggu. Tinggallah aku gan anak5....agak berat rasanya ditinggal suami bila diperantauan...Susah hati dibuatnya...kalau aku berani bawa kete takpe gak...mudah2an semuanya berjalan gan baik...