Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

30 January 2010

Resepi Lasagne Daging..

Resepi ni amik kat dapur Myr...tp aku ubah suai ikut selera jawa...hihihi....tambah cili api nak bagi pedas!!!!
  • 300g daging cincang (lagi senang kalau guna brand Ramly)
  • 1 botol prego (yang kecil)
  • 2-3 batang celery
  • cendawan butang (sebanyak yang suka)
  • 2 biji tomato (potong dadu)
  • 1 biji lobak merah (dihiris halus)
  • 1-2 sudu besar cili boh (kalau suka pedas @ cili api)
  • 2-3 ulas bawang merah (cincang halus)
  • 2-3 ulas bawang putih (cincang halus)
  • Sedikit lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Sekotak Instant Lasagna (tambah lagi sekiranya pakai dulang caserole besar)
  • 3 cawan air (boleh tambah sekiranya tak cukup)
  • 2 sudu besar mentega
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 1 peket Cheddar cheese (115g)
  • 1-2 cawan susu cair
  • Sedikit garam untuk perasa
  • (Boleh tambahkan sayur-sayuran lain seperti pepsicum, broccoli dll kalau nak)

Cara-cara

  1. Panaskan oven 180 C
  2. Di atas dapur, panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang.
  4. Masukkan sedikit air, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam.
  5. Masukkan Prego, dan sedikit gula jika perlu.
  6. Masukkan sayur-sayuran tadi, tunggu sehingga mendidih, padamkan api.
  7. Sediakan sauce pan, panaskan.
  8. Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.
  9. Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah di panaskan semula.
  10. Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit. Kemudian padamkan api.
  11. Sediakan dulang caserole, sapukan minyak, dan aturkan kulit lasagna sehingga menutupi bhg bawah dulang.Kalau nak rebus sekejap kulit lasagne pun ok..
  12. Tuangkan sedikit kuah daging tadi (tujuan kuah berair supaya kulit lasagna tadi tak perlu dimasak terlebih dahulu) dan tuang sedikit cheese sauce tadi.
  13. Selang-selikan, dan bahagian atas sekali ialah kulit lasagna, tuang cheese sauce selebihnya ke atas kulit lasagna (pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi)
  14. Bakar dalam oven 180 C selama 40 minit, atau sehingga masak (apabila dicucuk, kulit lasagna telah lembut)

3 December 2009

cok bantal


sejuk2 ni memang sedap je tengok makanan ....tambah lagi tengah puasa....ingat nak buat chocolate cheese cake tp mira dah buat tiramisu ...chatt gan ina...dia buat cok bantal hari ni so aku pun teringinlah pulak macam sedap je kalu makan panas2...lagipun senang jer buatnya...sambal bilis dah ada...utk pencicah! Amik resepi di myqresepi...tq!

Bahan2nya..
  • 3 cawan tepung gandum - diayak
  • 2 sudu teh yis
  • 3 sudu teh garam
  • 3 sudu besar gula halus
  • 3 sudu besar butter / margerin (suhu bilik)
  • 1 biji telur
  • ¼ cawan air ( tambah@kurangkan bergantung doh)
  • Bahan - Bahan Sambal Bilis
  • 150 - 200 gm ikan bilis (dibasuh dan ditoskan)
  • 1 labu bawang besar dimayang
  • 6 ulas bwg merah (Ditumbuk /blend)
  • 3 ulas bawang putih (Ditumbuk /blend)
  • 4-5 sudu cili boh
  • 1/2 inci belacan (Ditumbuk /blend)
  • ¼ cawan air asam jawa (lebihkan kalau suke masam)
  • Garam dan Gula secukupnya

Cara-cara

  1. Untuk CokBantal: Campurkan semua bahan-bahan kecuali air dan kacau. Masukkan air sikit-sikit sambil uli doh.Uli sampai sebati dan licin.Tutup mangkuk doh dan perap selama 30 minit. Canai setebal 1 cm dan potong ikut pattern yang anda suka.(kite potong bentuk bantal peluk =P) Goreng dalam minyak deepfry yang telah dipanaskan sampai warna keemasan..nampak garing..SIAP!
  2. Untuk Sambal Bilis : Tumiskan bahan blend hingga garing sikit.Masukkan cili boh dan goreng hingga naik minyak.Tambahkan air asam, gula dan garam.Masukkan ikan bilis dan bawang besar dan goreng hingga masak. Happy trying! =)
  3. *Suggestion : Masak sambal bilis dulu supaya boleh nikmati cok bantal panas-panas.

2 December 2009

apam gula hangus n popia goreng

hari ni puasa ...bayar puasa yg tertinggal...seronok puasa time winter ni coz siang pendek...jam 4 dah buka...
Teringin lak nak makan apam gula hangus ...cari resepi di myresepi...alhamdulillah jadi tp rupa tak bape cantik...takpelah asal rasanya sedap....Tengah buat apam teringat lak taugeh kat fridge...rosak pulak kalu dibiarkan lama2...aku pun buatlah popia goreng...




Bahan-bahan:
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 sudu teh soda bikarbonat.
  • 1 1/2 cawan tepung gandum.

Cara-cara

  1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan
  2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit
  3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
  4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
  5. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
  6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik.
  7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.

16 November 2009

Tiramisu




Dah tinggal suku baru teringat nak amik gambo...

Beli bahan tiramisu ni dah lama tp aku tak sempat nak buat...at last semlm mira yang buat...amik resepi dr MyResepi tp modified sikit...ikut resepi Yunie. Ok jugak...sedap n mudah je asal ada bahannya...
  • biskut marie secukupnya
  • Soft cheese
  • whipping cream 1 cawan (250 ml)
  • 1/2 cwn gula
  • 2 sudu besar (rata) serbuk nescafe
  • sedikit esen vanilla

Cara-cara

  1. Pukul gula dan soft cheese sehingga berkrim.
  2. Kemudian masukkan whipping cream dan pukul lagi hingga kembang.Masukkan juga esen vanilla.
  3. Celup biskut marie dlm air nescafe, terus susun dlm mangkuk. buat sekeping-sekeping. jgn rendam sebab nti biskut marie jd lembik. celup sahaja tp mesti semua bahagian tercelup dlm air nescafe. jadikan 2 atau 3 layer untuk bahagian bawah (base)
  4. letak krim sikit, ratakan..
  5. Ulang langkah 7 & 8 sampai biskut marie habis. Bahagian atasnya mestila diakhiri dgn adunan krim td..
  6. Boleh hiaskan dgn serbuk koko diatasnya..