Semalam aku pi TjHughes di Abbeywood retail park...just nak tengok2 kut2 ada barang yang murah coz tengah ada sale....minyak wangi mmg murah...ada yg sampai 80% discount! Aku tak biasa beli minyak wangi so tak tau nak beli yang mana satu...aku biasa pakai minyak wangi body shop je...aku suka yang soft je baunya....
Tengok punya tengok aku dok berkenan gan kasut ni... jenama Marco Tozzi made in German ...aku dok belek2 takut pigskin lak...alhamdulillah bukan...cari2 tanda harga takdelah pulak ...so aku pilah tanya kat mamat yg keje kat situ...dia pun tak pasti so dia pun pilah cari kat komputer...still tak dpt nak tau harganya..kasut yg sama brand tp design lain ada harga...yg aku berkenan pulak takde harga...leceh betul...last2 mamat tu panggil supervisor dia n supervisor tu letak je harga 15 pound...oklah coz design lain pun harga offer dlm 12-20 pound. Oleh kerana dah berkenan n sedap di pakai ...aku setuju je tp bila kat kaunter tu terperasan lak saiz kasut tu lain2..satu saiz 39 n satu lagi saiz 40...so aku n mamat tu pilah cari ....tak jumpa lak saiz 40 yg satu lagi...kat store pun takde..mamat tu kata may b ada org ambil saiz lain2 coz kaki dia tak sama...dah tak jumpa nak wat camne...frust gak.
Tengoklah design lain tp hati tu dah jatuh cinta pandang pertama kat kasut tu...so aku masih menaruh harapan untuk berjumpa kasut saiz 40 tu...aku pun pi kat setiap rak kasut ...tak semena2 aku terjumpa kasut saiz 39 so dlm hatiku ada harapan besar aku akan terjumpa kasut saiz 40 yg satu lg tu...so aku pusing2 kat situ cari kat kotak2 kasut brand yg lain....cari punya cari alhamdulillah aku jumpa di situ....rasa seronok coz akhirnya dapat jugak!!! Tambah seronok lagi coz aku beli gan duit hasil titik peluhku sendiri... pas ni apa pulak aku nak beli?
1 comment:
bestnya biler dpt apa yg kte nak!
Post a Comment