25 August 2009

Kehilangan...

Genap seminggu Arwah ayahanda tercinta meninggalkan kami. Bapak meninggal jam 11.40 malam tanggal 18 Ogos 2009. Moga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...amin.

Namun aku amat bersyukur kerana dapat bersama bapak disaat2 akhir...aku bertolak dari Bristol,UK pada hari Isnin dan sampai di sini pada hari selasa jam 3.00 ptg. Aku tidak menjangka bapak akan pergi begitu cepat . Aku balik dengan harapan dapat menjaga nya sepanjang bulan Ramadhan ini tapi Allah swt lebih menyayanginya. Aku amat merasai kehilangannya....dan sentiasa merinduinya....

16 August 2009

Balik lg...

Aku booking tiket n balik esok pagi . Sampai di Malaysia jam 3 ptg. Anak2 aku menangis coz kena tinggal lagi tp dok mengenangkan keadaan bapak yang semakin tenat aku kuatkan hati meninggalkan mereka . Alhamdulillah kawan2 disini memahami....merekalah yang banyak menolong....

Aku akan balik agak lama kali ini...14 sep baru aku balik uk.

Resepi Kuih Lapis

Hari ni aku try buat kuih lapis...tetiba teringin lak ... agak lembik tp oklah dr segi rasa....

Bahan-bahannya;
  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt)
  • 1 st garam
  • 2 paket santan serbuk
  • 1 st minyak masak
  • 3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.
  • 4 cawan air

Cara-cara

  1. Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
  2. Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
  4. Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling. Masukkan 2 cwn adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.
  5. Lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit. Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
  6. Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
  7. Dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Utk lebih kemas,kuih ini blh dipotong dgn benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka :)
  8. * Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minyak.

14 August 2009

Macam2 rasa...

Hatiku rasa sedih, bimbang n risau bila mdengar perkembangan terbaru bapak. Badannya terlalu lemah n dah tak mampu nak duduk pun...hari ini tak makan pun. Beberapa hari sebelum ni dia meracau yg bukan2...actually masalah nya hanya tak blh nak makan...tak tahu kenape dia susah nak menelan...air pun sikit sangat yg masuk . Apa yang mampu aku lakukan hanya memanjatkan doa moga bapak cepat pulih.

Mak mertuaku juga masih dalam keadaan yg sama. Mudah2an dipermudahkan....
aku juga mula risau coz hubby pun rupanya tak sihat ...darah dia naik. May be dok makan macam2 bila kat Msia tp aku still bimbang coz mmg dia kolestrol tinggi sebelum ni n tak jaga lak tu.
Harap2 semua kerjanya berjalan gan lancar 2 minggu dia di Msia.

13 August 2009

Penantian

Sudah tiba saatnya membuka lembaran langit
membaca halaman terlipat
Selaksa rindu,engkau menari bersama hujan
Bidadariku berlari meniti angin yang menghantar
Taufan ditarik kenyataan
Memintaku untuk meniti waktu mencari nada sehati
Tuhan Anugerahkanlah cinta itu
Agar aku bisa dekat dengannya
Tuhan Anugerahkan rasa itu
Agar dapat menyatukan jiwa…
Jangan biarkan perasaanku gundah
Jangan biarkan penantianku Sia-sia

Oh…..Tuhan
apa yang dapat ku perbuat
aku seperti hilang
bagaikan ditelan bumi
Detik,minit dan jam…
Berlalu dengan sekelip mata
Apa yang ada hanya penantian....

11 August 2009

Paris, France...destinasi terakhir


Memang cantik....akhirnya sampai jugak!




Tour Eiffel dr bawah....

...
Art galery

Semua tersenyum bila nampak eiffel tour...

Amik gambar dr bot...

Tak tahu bangunan ape ntah tp cantik pintu masuknya...





Basikal paris...


Norte Dame..






Train station...


Tempat Penggambaran Mr Bean masa di Paris...

Bangunan pejabat...semuanya besar2 disini..