19 July 2011

Bulan Sya'aban...

Bulan sya'aban menjelma kembali....genap 2 tahun arwah bapak meninggalkan kami, genap setahun juga arwah pakcikku ( adik bapak) meninggal dan 2 hari yang lepas makcikku pula dijemput Illahi...Al fatihah.

7 July 2011

Pinjaman kerajaan negeri



Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi ....akhirnya anak2 dapat juga pinjaman kerajaan negeri selangor. Pertama kali pihak kerajaan negeri membuat majlis penyerahan surat tawaran dan dokumen pada 3 Jul 2011 tempohari.Majlis penyerahan balik dokumen pula akan diadakan pada 17 Julai ini.