8 July 2010

Semakin hampir...

Tanggal 15 Julai kami sekeluarga akan meninggalkan United Kingdom untuk menyambung kehidupan seterusnya di tanahair tercinta...hubby akan meneruskan khidmatnya di MSN manakala aku pula meneruskan tanggungjawabku sebagai seorang guru....cuma aku masih tak pasti dimana pula aku akan bertugas...bergantung kepada JPN. Anak sulung dan yang kedua tak pasti dimana mereka akan meneruskan pelajaran...bergantung kepada result GCSE mereka bulan ogos ni...anak2 yang lain akan meneruskan persekolahan seperti biasa...mudah2an semuanya akan berjalan lancar.

1 July 2010

Minggu2 yg paling sibuk...

Sejak 3 minggu lepas setiap hari ada je aktiviti....bermula dgn percutianku ke Italy. Balik dari Italy kakak dan kakak ipar sampai dr Msia...bawa jalan2 di London, Cambridge,Coventry, straffodshire,Cotswold,gloucester,Paris....2 minggu mereka di sini mmg penuh dgn aktiviti...hehehe
penat jugak....tp terubat coz byk aktiviti shopping!! Alhamdulillah mereka dah sampai dgn selamat semalam di Msia.

Hari ni adalah hari kemuncak iaitu aktiviti mengangkat barang masuk kontena...lepas ni legalah coz rumah pun dah kosong...tinggal menunggu hari utk pulang ke tanah air tercinta.