27 May 2009

Rumah sewa


Pilihan 1 - 695 pound ( Furnished)

Pilihan 2- 750 pound ( dekat sek tp mahal ,unfurnished)

Pilihan 3- 695 pound ..umah tahun 1930 ,dekat sek tp unfurnised


Hari ni pi Bristol tengok umah sewa. Ada beberape umah yg dah aim tp nak tengok dulu umah tu ok ke tak...sewa umah di Brislington,Bristol ni boleh tahan mahal...rata2 kalu 3 bedroom 680 pound ke atas. Lebih mahal dari sewa di Gloucester. Hubby n anak2 semua nak pindah coz nak berkawan...aku tak kisah sangat. Nampaknya kalu dok di bristol ni kenalah cari kerja ....

Hari sabtu ada lagi nak tengok umah ...may b 2 umah lagi...nak cari yang dekat dengan sekolah jadi senang anak2 blh pi sek jalan kaki saje....Ada rumah yg furnished dan cantik tp jauh pulak dari sekolah...sama harga dengan umah yang dekat gan sek tp unfurnished ...bila unfurnised satu kerje pulak nak cari perabut....kalu kat msia sewa umah RM 3500 dah dapat umah sewa banglo agaknya....kat sini umahnya umah lama2...tahun 1930-1950...hai tak merdeka lagi msia masa tu...

25 May 2009

Boriiiiiiiinnnngggggggnya!!!!!

Hari ini sebenarnya cuti..kat sini dipanggil bank holiday....tp boring giler 2-3 hari ni coz hubby sibuk kena siapkan assignment so dok umah tak kuar mana2...
Mati kutu dibuatnya...nak jalan ke city centre takde ape nak dibeli...duit pun takde..hihihi
Ada takde doklah umah tengok tv je....n mengadap laptop!!

21 May 2009

Ladangkongsi


Terkenang zaman aku belajar di UPM. Masa tu aku amik diploma pertanian sesi 1986/89.Coursemate punyalah ramai ...adalah dalam 300 org kut...takleh nak kenal semua coursemate. Aku duduk di Blok merpati,KK2.

Course diploma pertanian ni mmg agak mcabar bagi student pompuan coz banyak guna tenaga tp alhamdulillah dapat abis jugak. Ingat lagi mula2 kena bawa cangkul berjalan kaki ke unit hortikultur (dlm 1 km) rasa cam nak menangis dahlah tu kena marah pulak gan pegawai kat hort tu...pas tu kena pulak buat batas sayur ....hai terpaksalah ...banyak pacat pulak tempat tu ...nasib baik ada senior tolong siapkan buat batas so oklah ...
Selepas beberapa bulan, barulah aku naik motor so alhamdulillah taklah penat nak pi lecture n pi kebun. Tempat lecture n kebun agak jauh dr kolej.Masa tu rasa tak seronok belajar tp bila dikenang2 balik...masa tulah paling seronok.

Habis je first year aku dapat tawaran untuk terus buat Bachelor Sains pertanian tp aku tolak...masa tu takut tak blh bawak. So aku teruskan buat diploma.Tahun 2 dan 3 aku buat ladangkongsi...ternak ayam ,tanam jagung dan kacang tanah. Group ladang aku 10 org ..8 lelaki n 2 org perempuan...group aku terdiri dari pm selaku ketua, labu,nurul,naim,adi,mat yi,remi,aki dan mah...semua bekerjasama dan banyak kenangan bila buat ladangkongsi ni...susah senang bersama. Saat2 yg segar dlm ingatan bersampan di tasik,pi bagi makan ayam tengah malam,jual jagung tepi jalan,naik motor besar, pi program pengembangan di Sg kembung Hulu dan banyak lagilah.Hasil jualan ladangkongsi taklah seberapa setelah tolak kos pengeluaran ...tp yang penting adalah pengalaman....

Camne tetiba teringat zaman diploma ni? Hihihi kat uk ni banyak benor ladang, tu yang teringat ladangkongsi...pi mana je kat sini mesti lalu ladang2 .....

16 May 2009

SELAMAT HARI GURU

Jasamu Dikenang

Segala bakti yang engkau curahkan
mengajar mendidik anak bangsa
segala jasa yang engkau taburkan
menjadi kenangan tak akan kami lupakan.

Engkau laksana pelita di malam gelita
memancarkan sinar sepenuh rela
jiwamu tabah hatimu cekal
kasihmu dan semangatmu berkobar
yang tak pernah mengenal erti putus asa
yang tak pernah meminta puji dan puja.

Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami
sepanjang hayat mekar di sudut hati
tiap sepatah katamu mengisi erti
tiap madahmu mengandungi hikmat
pembentuk peribadi penegak kebenaran
pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.

Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan
terkumpul dari seribu hati menjadi satu
menadah tangan dengan doa restu
kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan
kepadamu guru-guru yang berjiwa mulia
pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.

Jujur dan ikhlas engkau berbakti
di kota dan desa atau di huj'ung negeri
cekal dan tabah menempuh dugaan
hidupmu bagalkan pelita di tengah malam
membakar diri menerangi yang kelam
jasamu akan kami kenang sepanjang zaman.

Ahmad Sarju
Klang
1988


p/s Selamat hari guru kepada teman2 seperjuangan dan terimakasih kepada guru yang pernah mengajar aku....di SK Bukit Kapar,Klang.., SMK Meru.., SMT Bukit Piatu,Melaka

15 May 2009

college in Bristol


Filton College

Pagi2 lagi aku dah kuar ke Bristol gan Awi n Mira. Ada appointment di St Brendan's Sixth Form College dan Filton College . Kedua2 college ni ok cuma tak sure boleh dapat tempat ke tidak coz bergantung kepada result GCSE pd bulan Ogos nanti... Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan.....

14 May 2009

Bapak


Macam biasa aku tepon mak kat kg...smlm mak kata bapak kena gout tp hari ini aku dapat tau malam tadi bapak dok muntah angin n tak sedap perut...sakit macam dulu baliklah...tak sedap badan,tak selera makan,angin....,sakit kepala....
Ape yang mampu aku buat hanya berdoa dr kejauhan ....Mudah2an bapak cepat sembuh...dan tak melarat....

GCSE

Hari ini Mira pulak pekse GCSE (O Level) paper science . 'Mira sepatutnya amik juga paper BM dengan Nadia di Manchester tp blh pulak 'clash' dengan paper Maths ... dah uruskan untuk bawa paper BM tu buat di Gloucester ...dah tepon sana tepon sini sampai last minit tak dapat jugak . . Pikir punya pikir...baik amik paper GCSE yg kat sini so terpaksa korbanlah paper BM tu n burnlah duit 160 pound...rugi2!!!!
Nak buat camne ...kat sini tak macam kat msia senang nak urus....

Selsema

Dah beberapa hari aku selsema tp masih belum baik...berjangkit dari hubby n anak2 agaknya...tambahan dengan cuaca yg tak menentu...
So hari ni aku tak pergilah kelas BI..dah 2 mgg aku tak pi...sian juga kat cikgu yg mengajar coz tak ramai yg datang term ni...kalu berterusan may b kelas terpaksa tutup...
Aku pi kelas tp masih tak pandai gak nak speaking...hihihi speaking jowo jugak yg lancar!!

11 May 2009

Good Luck!


Hari ini anak ku Syazwan exam SAT. Kalu di Malaysia samalah cam UPSR...cuma kat sini takdelah BM..just BI, Science n Maths. Mudah2an dia dpt jawab semua soalan..

Jalan2 hujung minggu

Clark Village ,Somerset - 10 May 2009








Cheddar, Somerset - 10 May 2009








Cheltenham - 9 May 2009




Singgah umah kawan di Cheltenham...kamaruddin n Zetty





8 May 2009

Hujan air batu


Tengah aku khusyuk depan komputer tiba2 hujan tp bunyi kuat... bila aku tengok ke luar...ketul2 ais...hujan air batu rupanya!!! First timelah aku tengok ....

7 May 2009

`` Beauty of a Woman``


The beauty of a woman is not in the clothes she wears,
The figure she carries, or the way she combs her hair.
The beauty of a woman must be seen from her eyes,
Because that is the doorway to her heart,
The place where love resides.
The beauty of a woman is not in a facial mole,
But true beauty in a woman is reflected in her soul.
It is the caring that she lovingly gives,
The passion that she shows.
The beauty of a woman
With time, only grows..


6 May 2009

Kerenah anak

Aku rasa pening gan kerenah anak2....kita doklah berjimat ,dia org nak macam2 pulak!!
Tiap hari dok menyebut benda yg sama selagi tak dapat...muak aku mdengarnya....sblm ni nak raket badminton,pas tu bola rugby lak,bola sepak n yg terbaru ni nak camera pulaklah . Kalu yg murah tu takpelah jugak ni nak yg slr lah, nak bg gambar cantik...last2 si bapak termakan jugaklah...mula2 pilah cari kat carboot tp tak jumpa2 ,last2 pi argos... Itulah sebagai mak bapak kekdg tak sampai hati ikut jugaklah kehendak anak2 tp kekadang anak2 tak menghargai apa yg mak bapak buat....tak ingat!!!
Anak2 sekarang hidup senang tak macam aku dulu ....hidup susah....makan daging lembu pun kena tunggu raya baru dapat rasa...kasut baru n baju baru pun masa raya baru beli sampai coz seronok sangat tido pun kasut n baju baru letak sebelah bantal...
Mainan aku masa kecik pun takde yg beli ...main kulit kerang,kunda kundi, gelang getah,baling kasut,galah panjang,batu seremban...tp rasa seronok je n tak penah pun nak merungut....kita tau mak bapak just kerja kampung dapat makan pun dah alhamdulillah....syukur!!!
Bila kita pernah hidup susah, kita akan lebih menghargai....pengorbanan mak bapak....

kasih ibu

Dua hari aku tidak telefon mak kat kampung...kakak aku kata mak aku dah menangis risau ....itulah kasih ibu....mak aku dok risau 'swine flu' yg melanda sekarang ni. Kat sini dah ramai gak yg kena jangkitan tu (dalam 27 org setakat mgg lepas) tp rasanya masih dalam kawalan lg. Kat Gloucestershire ada seorg budak kena n school dia pun dah tutup. Mudah2an dijauhkan...

1 May 2009

Dreams

Dreams are where you relive memories,
a special time gone forever.
Dreams can take you to far away places,
that are only there while you sleep.


Dreams can make you smile or make you cry,
but when you wake you must say goo-bye.
Dreamers can be what they want to be.
Dreamers are you and me.

Dreams are where you can see things,
that can no-longer be.
Dreams can take me to you,
no-matter where you are.
Dreams can make me smile or make me cry,
I never want to wake if I have to say good-bye...