28 May 2010

Semakin gemuk!!!

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini acara makan2 memang popular di kalangan warga MCB.
Dua minggu lepas New Tok Penghulu mengadakan jamuan ,Isnin lepas Eyja lak buat makan2 sempena bezday hubby dia, hari ni ada undangan lagi di rumah Asnor sempena menyambut kedatangan Kp JPS dan sebelah malamnya pulak dijemput oleh keluarga Yakop n Leza ...esok Eyja ajak lagi pi makan2 kat rumah dia kerana meraikan Nadia yg telah berjaya bergelar Doktor pHd...minggu depan satu lagi jamuan kesyukuran akan diadakan di rumah Eyja....nampak gayanya makin mengembanglah badan aku ni....huhuhu tp rezeki mana boleh tolak....!!!!

25 May 2010

Marble cheese cake....


RESEPI : CHOCOLATE MARBLE CHEESE CAKE
SUMBER : http://rinnchan.fotopages.com


Bahan A :
180gm mentega
20gm serbuk koko
1 sudu teh baking powder
120gm tepung naik sendiri (Diayak bersama serbuk koko & baking powder)
170gm gula castor
3 biji telur

1. Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji, kacau sebati.
2. Masukkan campuran tepung+baking powder+serbuk koko. Gaul rata dan bahagi kepada dua bahagian.

Bahan B:
250gm cream cheese
60gm gula castor
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

1.Pukul cream cheese sampai kembang.
2.Campurkan gula, telur dan esen vanilla. Pukul lagi sampai kembang dan rata.

Cara-cara :
1. Tuang satu bahagian A ke dalam loyang. Ratakan. Tuang aduanan cream cheese di atasnya dan ratakan.
2. Tuang sebahagian lagi bahan A dan ratakan.
3. Bakar pada suhu 165 darj cel selama 50min-60min ikut oven masing-masing. Seeloknya dibiarkan sejuk dulu sebelum dipotong.

19 May 2010

Houseboats in Bristol


Rumah bot...aku jumpa semasa nak ambil barang freecycle...rupanya orang yg offer tu duduk dalam bot...Dave namanya...nice man.
Parking kat sungai ni kena bayar 100 pound sebulan...aku ingatkan free je...
Ini dia Dave...




Menurut Dave dia beli bot ni 29 pound...interesting jugak duduk dalam bot ni...macam best je!!!

Biarkan berlalu...

Bila bersemadi warna cinta
Pudarlah segalanya
Tiada mentari lagi
Yang mengiringi perjalanan

Mestikah bersedih
Pada hakikat
Dikurniakan padamu
Bukankah cita-citamu
Memperjudikan kasih sayang

Kita mampu merancang
Hanya Tuhan menetukan
Tak perlu dikisahkan....

Janganlah memburu
Angin yang berlalu
Kelak kau terima
Jawapan yang kecundang
Pulang saja di mana
Permulaan langkahmu
Biar saja angin terus berlalu
Oooo...berlalu

blue bell(Cleeve,bristol)









16 May 2010

Selamat Hari Guru.....16 Mei

Guru,
kau bagaikan lilin
menerangi alam
tanpa mengira diri yang terbakar
menghiasi kamar
tanpa memperdulikan pengorbanan jiwa..
mengharungi pahit getir
kehidupan di hujung dunia…(buat guru-guru di pedalaman…)
memberi inspirasi & keyakinan diri
kepada para pelajarnya
melakari pelbagai jiwa yang mentah
dan muda
mencabar minda dengan satu tujuan
agar suatu hari nanti
pelajarnya berjaya

12 May 2010

carrot cake ...pasti jadi punya!!!



Bahan:

4 biji telur
1 1/2 cwn gula pasir
1 cwn olive oil/minyak biasa
3 cwn tepung ( plain flour + self raising flour)
2 sudu golden syrup
1 cwn brown sugar
4 biji carrot
pecan/badam/raisin
cinnamon sesuka rasa( i tak boh coz tak suka bau tu)

Cara ;
- parut carrot , campurkan brown sugar n biarkan....
- dalam bekas lain, mix telur +gula hingga naik putih gebu...
- masukkan olive oil,golden syrup, tepung dan kekacang atau raisin , kaup je ...(tak payah guna mixer) , masukkan juga carrot td....gaul hingga sebati..
- Bakar dalam oven 175 C selama 45 min


Utk Topping,

1 bekas Soft cheese/cream cheese
100 gm butter
80 gm icing sugar
1 sudu lemon juice

Cara;
mix semua bahan hingga pekat... masukkan dlm fridge semalaman ...pas tu baru sapu..

5 May 2010

Gathering Di Lampeter,Wales

Hari Sabtu yg lepas kami join gathering di Lampeter, South Wales...rumah jiranku di Bandar Baru Bangi ..Ustaz Aziz'family. Turut sama jiranku juga.. Hj Farid's family dr Manchester dan Muzammyl's family dr Nottingham. Kami duduk dlm satu kariah di BBBangi...
Ustaz Aziz sedang khusyuk mbakar kambing...

BBQ di riveside dekat Lampeter Uni




Mak dara berposing...mgalahkan anak2...

Depan umah Engku Zarihan...

Kaum bapa...



Pemandangan indah semasa otw ...