9 April 2011

Kehebatan Acai Bery

Buah Acai ialah Anugerah dari alam semulajadi. Merupakan sejenis buah yang kaya dengan anti-oksidan bagi membantu tubuh melawan sel kanser. Acai juga dikenali sebagai VIAGRA FROM THE AMAZON yang boleh membantu meningkatkan tenaga batin. Dr Perricone menggelar buah acai sebagai buah yang paling berkhasiat di dunia.


Monavie diadun dengan menggabungkan acai dan 18 jenis buah-buahan terpilih dari 4 penjuru dunia. Buah-buahan lain seperti nashi pear dan goji mempunyai sejarah membantu kesihatan manusia sejak beribu tahun dulu. Gabungan 19 jenis buah-buahan ini yang menjadikan jus MonaVie unik dan istimewa.

Sains dan kajian terhadap jus Monavie sendiri menelan belanja ratusan juta. Fakta :

1. Sains mendapati bahawa kebanyakan khasiat buah terletak pada biji dan kulitnya. Adunan MonaVie terdiri daripada gabungan 19 jenis buah termasuk biji dan kulitnya.

2. Kajian menunjukkan punca utama penyakit pada zaman sekarang ialah daripada pemakanan. Untuk membekalkan anti-oksidan yang mencukupi pada badan manusia, pakar kesihatan menyarankan kita mengambil 5 jenis buah dan sayuran setiap hari! Mengikut satu kajian yang dijalankan di US, hanya 5% sahaja yang mengambil diet seimbang setiap hari. Budaya sekarang memilih makanan berdasarkan RASA daripada KHASIAT. Justeru R&D Monavie menetapkan bahawa adalah perlu untuk mencipta satu produk yang berkhasiat tinggi tetapi pada masa yang sama SEDAP dimakan. Jus Monavie mempunyai kedua-dua kriteria ini, SEDAP dan BERKHASIAT!

3. Kajian tentang phytonutrients, unsur makanan yang boleh merangsang kepada kesihatan manusia semakin banyak diaplikasikan dalam kehidupan sekarang. Vitamin dan anti-oksidan paling banyak terdapat dalam buah-buahan. Pigmen Warna buah yang pelbagai membekalkan khasiat yang tinggi dan memainkan peranan penting dalam Formula Jus MonaVie. Pengambilan 2 ouns sehari akan membekalkan khasiat yang secukupnya untuk badan dan pengambilan secara berterusan akan menghasilkan kesan anti-penuaan, mengawal berat badan dan tahap kesihatan yang lebih baik.

4. MonaVie mengawal keseluruhan proses pembuatan daripada penanaman, pemprosesan dan pemasaran untuk menjamin kualiti yang terbaik. Polisi Monavie, setiap buah acai yang dipetik mesti diproses dalam masa 24jam untuk mengekalkan kesegaran dan khasiatnya.

5. Buah acai yang terbaik dan paling berkhasiat tinggi adalah dalam bentuk 'freeze dried acai powder' (Opti Acai) yang diproses di brazil dimana kilangnya dipunyai oleh Dr Schauss. Hanya Monavie satu-satunya syarikat yang mendapat hak eksklusif terhadap Opti Acai tersebut. Keseluruhan proses penghasilan Opti Acai ini telah dipatenkan oleh Dr Schauss. Opti Acai ini mendapat perhatian dan kajian menyeluruh oleh United States Department of Agriculture sejak beberapa tahun yang lepas.

Semakin banyak yang anda tahu tentang Monavie, semakin dalam cinta anda terhadap produk Monavie. Benarlah pepatah ada mengatakan ' Hanya jauhari yang mengenal manikam'.

No comments: