14 April 2012

Pengukur Kebahagiaan

Adakah kebahagiaan rumah tanggaanda kekal selepas anda berbulan madu? Kebanyakan pasangan yang berpisah mengatakan kebahagiaan rumah tangga mereka mula retak selepas mereka berbulan madu. Apabila mereka mula hidup bersama – sama, semuanya berubah. Alam realiti sememangnya tidak sama dengan alam khayalan percintaan.

Alam realiti biasanya lebih kejam dari apa yang kita jangkakan. Hubungan perkahwinan perlu ada kayu pengukur supaya anda boleh mengekalkan kebahagiaan dengan sentiasa menilai prestasi hubungan anda berdua.

Kayu pengukur pertama : Cinta

Adakah anda anda menerima cinta atau member cinta yang sepatutnya pada pasangan anda? Anda perlu sentiasa menilai cinta dalam hubungan anda. Kadangkala, kesibukan menguruskan hal dunia menyebabkan anda terlupa untuk mencintai pasangan anda. Setiap hari, nilai cinta anda. Jika anda rasa cinta yang anda terima kurang dari pasangan anda, cepat – cepat anda memikat pasangan anda supaya dia mencintai diri anda.

Kayu pengukur kedua : Saling melengkapi

Kehidupan berpasangan bermakna anda saling memerlukan antara satu sama lain untuk meneruskan hidup. Jika pasangan anda kekurangan pada sesuatu perkara, sudah menjadi tanggungjawab anda untuk memenuhi ruang kosong tersebut dengan kebolehan yang anda ada. Selagi anda mengisi ruang kosong yang ada pada pasangan anda, kebahagiaan akan menjadi hak anda berdua.

Kayu pengukur ketiga : Pentingkan diri

Adakah anda lebih mementingkan diri sendiri dari pasangan atau keluarga anda? Kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Pengorbanan yang anda lakukan adalah mementingkan diri pasangan anda berbanding diri anda. Jika anda mementingkan pasangan anda dari diri anda sendiri, secara tidak langsung rasa sayang akan terbit dalam hati anda berdua.

Kayu pengukur keempat : Puji-pujian

Jangan sesekali hilang rasa hormat atau perasaan kurang senang terhadap pasangan anda. Sentiasa beri dia puji – pujian yang sepatutnya dia dapat. Saling memuji antara satu sama lain boleh memeriahkan rumah tangga dengan kebahagiaan.

Kayu pengukur kelima : Kerjasama

Sentiasa kerjasama dengan pasangan anda dalam apa jua pekerjaan atau perkara. Kerjasama akan terus merapatkan diri anda berdua.

Kayu pengukur ini berfungsi untuk menilai sama ada hubungan anda berdua berada dalam keadaan bahagia atau tidak. Jika anda dapati ada kekurangan, anda perlu segera memperbaiki kedudukan anda.

No comments: