9 January 2009

Maahad Dalam Kenangan...





Aku mula bertugas di Maahad pada 15 Julai 1995...Sebelum maahad hamidiah aku bertugas di 3 buah sekolah iaitu SMK Dato hamzah,pelabuhan klang (6 bln), Smk Seksyen 24,Shah Alam(1 tahun) dan SMK Engku hussin, Semenyih(7 bln). Di Maahad hamidiah aku bekerja di bawah pentadbiran beberape orang pengetua iaitu Arwah Tn Hj Mahmud, Hajjah Yong, Hjh Jamaliah dan Hajjah Fauziah. Alhamdulillah aku rasa seronok mengajar di Maahad ...may b coz sekolah agama dan semua pelajarnya adalah pelajar yang terpilih...

Selama 13 tahun aku di Maahad memang macam2 pengalaman yang aku dapat...dengan kerenah anak murid, pergaulan sesama rakan sekerja dan pentadbiran sekolah...hihihi biasalah lain ketua lain caranya....anyway aku terima saje coz apa yang penting aku menjalankan tugas mengajar anak2 muridku....

Saat-saat akhir sebelum aku bercuti tanpa gaji aku telah mengikuti kursus Dg 44...alhamdulillah aku baru je dapat tahu dari Awe hari ini ..aku lulus...alhamdulillah!!! Yang penting tak yah amik semula...time kursus tu tension abis 3 hari yang pertama ..apa tidaknya kena public speaking hari yang ketiga...hihihi aku amik tajuk yang paling senang...bila dah selesai kursus baru terasa seronok coz jumpa kawan2 lama dan dapat kawan baru...

Setelah aku bercuti...berita terkini yang aku dapat ialah maahad dapat pengetua baru ...mudah2an guru2 dapat menjalankan tugas dengan lebih baik...

Harapan aku ialah dapat meneruskan khidmat di Maahad semula nanti.....

No comments: