30 November 2009

Ditinggal lagi...

Hubby balik malaysia lagi hari ni...kursus ptk.Kursus ptk cuma 3 hari tp dia balik 2 minggu. Tinggallah aku gan anak5....agak berat rasanya ditinggal suami bila diperantauan...Susah hati dibuatnya...kalau aku berani bawa kete takpe gak...mudah2an semuanya berjalan gan baik...

29 November 2009

...rindu....

rindu ini
seperti langit yang menunggu rembulan
atau matahari

sepatah sapa laksana nyala api
memberi cahaya dan juga kehangatan
di dalam gelap goa batu pencarian
kadangkala,
sepotong sapa bagai tetes sisa embun pagi hari
memberi sejuk untuk hidupkan yang mati

rindu ini milik hati
seperti air yang mengalir ke bidang rendah
seperti angin yang mencari ruang kosong
hanya punya seribu arah
tujuan kemana kan pergi

aku rindu rasanya mencintai sesuatu
sebab cintalah yang menghidupkan dunia
ia peta bagi jelajah batin
atau sekedar berbicara dengan bahasa yang sama;
bahasa hati semata

26 November 2009

Selamat menyambut aidiadha...

selamat menyambut hari raya aidil adha kepada keluarga tercinta , sanak saudara dan rakan2 yang dikasihi....

24 November 2009

Ayam Roghan Josh Masala

Bangun je dari tidur ...dalam kepala aku ni dok pikir nak wat ape utk sarapan n lunch...pagi ni aku buat sarapan burger mayonis n wrap gan tortilla...Pas anak2 pi school aku gan hb pi easton utk beli stok lauk di kedai halal meat n sweetmart. Kami beli bekalan ayam satu kotak terus n beli roti paratha,sosej,burger dan aku try beli rempah Roghan Josh Masala. Balik dr easton aku terus masak...tengahari ni aku try masak mgunakan rempah yang aku beli ...eemmm sedap jugak...ala2 kari...Hari ni aku agak rajin ...sampai 3 lauk aku masak....selalunya satu lauk n satu sayur je...tp hari ni aku masak 4 lauk....masa aku post entry ni aku tengah mereneh ...sup kaki lembu!!! Yang ni utk makan lam nanti....






Ayam masak Roghan Josh Masala

Bahan2..(sukatannya main agak2 je)
ayam
tomato
bawang putih
halia
bawang merah
rempah roghan josh masala

Cara2,

Cincang bawang merah,bawang putih,halia.
Panaskan minyak atau ghee...tumis semua bahan yang dicincang hingga naik bau..
masukkan rempah roghan josh masala secukupnya..
masukkan ayam dan tomato...reneh hingga ayam lembut.


Hati ayam goreng berempah...yang ni aku main lebur je...hihihi



Sambal seafood...hb bli seafood campur2...dah lama tak buat sambal...my favourite!!!

23 November 2009

Busy....


Piring bujur ni 5 pound


yang ni 10 pound

yang ni pulak 12.50 pound

aku dok berkenan gan strawberry tu yg beli gak...7.50 pound

bekas ni aku nak boh sambal belacan...hihihi ...just 1.25 pound

Macam queen anne ...bli kat carboot just 50 pence

Teko ni dpt kat carboot gak...2 pound...


Aku rasa sepanjang minggu ni busy...rasa cam cepatnya masa berlalu...may b sbb siang yg pendek...jam 4 dah gelap. Selepas kawan lame ,Faizam datang selasa lepas...jiran di Bangi pulak datang kerumah hari Sabtu lepas...dia bercuti satu family...malam tu pulak Yan gan suami mai makan pulut durian...dia mgidam nak makan durian so dia beli di kedai cina ...21 pound !!! n mintak tolong aku buat. Kami sekeluarga dapatlah merasa sama...alhamdulillah...thanks yan!

Hari Jumaat pulak aku seharian pi stoke on trent....ada sale port merion...aku tumpang kawan...rasa puashati coz mmg murah dr biasa...
Hari ni pulak ...pi carboot di Cheddar...n Clarks Village...actually carboot masa winter ni tak bape best coz booters tak banyak...yang banyak traders...tp gatal nak pi jugak.

19 November 2009

Mimpi..

Malam tadi aku mimpi bapak ....bapak pesan pergi dengar ceramah2 agama.....

pengorbanan....

Hubby tergerak hati call Yazir( anak buah hubby) pagi ni....rupanya isteri Yazir baru bersalin n tengah kritikal coz tumpah darah. Ya Allah ...mudah2an dia selamat dan cepat pulih...actually dia bersalin di klinik swasta so bila darah tak berhenti ...terus dihantar ke hospital kerajaan...n masuk ICU...mula2 dikhuatiri uri tertinggal so hospital wat operation untuk keluarkan uri tu tp rupanya uri tu dah keluar... alhamdulillah perkembangan terkini...dia dah stabil....
Inilah pengorbanan seorang ibu....

18 November 2009

Kawan lame...

Semalam kawan lama masa kat kolej 2 ,upm singgah umah. Depa baru balik dr bercuti kat Barcelona...rasa cam tak caye je...naik flight Ryan air utk 7 org just 14 pound pergi balik...murah sangat!!!
Faizam tu satu blok gan hubby dulu...n aku kenal coz sama kolej ....tak penah jumpa sejak kuar dr upm. Wife pun upm jugak rupanya...budak Tesl. Diaorang dok di Coventry...

16 November 2009

Tiramisu




Dah tinggal suku baru teringat nak amik gambo...

Beli bahan tiramisu ni dah lama tp aku tak sempat nak buat...at last semlm mira yang buat...amik resepi dr MyResepi tp modified sikit...ikut resepi Yunie. Ok jugak...sedap n mudah je asal ada bahannya...
  • biskut marie secukupnya
  • Soft cheese
  • whipping cream 1 cawan (250 ml)
  • 1/2 cwn gula
  • 2 sudu besar (rata) serbuk nescafe
  • sedikit esen vanilla

Cara-cara

  1. Pukul gula dan soft cheese sehingga berkrim.
  2. Kemudian masukkan whipping cream dan pukul lagi hingga kembang.Masukkan juga esen vanilla.
  3. Celup biskut marie dlm air nescafe, terus susun dlm mangkuk. buat sekeping-sekeping. jgn rendam sebab nti biskut marie jd lembik. celup sahaja tp mesti semua bahagian tercelup dlm air nescafe. jadikan 2 atau 3 layer untuk bahagian bawah (base)
  4. letak krim sikit, ratakan..
  5. Ulang langkah 7 & 8 sampai biskut marie habis. Bahagian atasnya mestila diakhiri dgn adunan krim td..
  6. Boleh hiaskan dgn serbuk koko diatasnya..

13 November 2009

Rinduku....


Masa aku blk bulan Feb yg lepas...
Tetiba aku rasa rindu sgt kat bapak...Ya Allah limpahkan kurnia keatas rohnya dan lapangkanlah kuburnya....tempatkanlah dikalangan org2 beriman...

Sekarang di kg tengah musim rambutan n semua pokok rambutan yang ada disekeliling rumah berbuah....kalu dulu bapaklah orang yg paling gembira coz ada hasil untuk jualan...tapi sekarang buah2 tu sampai gugur coz takde orang nak jual...kalu ada pun hanya pilih rambutan tertentu sahaja.Teringat zaman aku kecik2 dulu..aku selalu tolong bapak kutip buah di bawah pokok, tolong ikat rambutan n yang paling seronok tolong kira duit hasil jualan...selalunya masa nilah aku akan tukar duit syiling yang aku kumpul gan bapak untuk dapatkan duit kertas...selalunya aku bagi tak cukup seringgit tp bapak still bagi seringgit...tu yg seronok!
Semuanya tinggal kenangan....

kasut...


Semalam aku pi TjHughes di Abbeywood retail park...just nak tengok2 kut2 ada barang yang murah coz tengah ada sale....minyak wangi mmg murah...ada yg sampai 80% discount! Aku tak biasa beli minyak wangi so tak tau nak beli yang mana satu...aku biasa pakai minyak wangi body shop je...aku suka yang soft je baunya....

Tengok punya tengok aku dok berkenan gan kasut ni... jenama Marco Tozzi made in German ...aku dok belek2 takut pigskin lak...alhamdulillah bukan...cari2 tanda harga takdelah pulak ...so aku pilah tanya kat mamat yg keje kat situ...dia pun tak pasti so dia pun pilah cari kat komputer...still tak dpt nak tau harganya..kasut yg sama brand tp design lain ada harga...yg aku berkenan pulak takde harga...leceh betul...last2 mamat tu panggil supervisor dia n supervisor tu letak je harga 15 pound...oklah coz design lain pun harga offer dlm 12-20 pound. Oleh kerana dah berkenan n sedap di pakai ...aku setuju je tp bila kat kaunter tu terperasan lak saiz kasut tu lain2..satu saiz 39 n satu lagi saiz 40...so aku n mamat tu pilah cari ....tak jumpa lak saiz 40 yg satu lagi...kat store pun takde..mamat tu kata may b ada org ambil saiz lain2 coz kaki dia tak sama...dah tak jumpa nak wat camne...frust gak.

Tengoklah design lain tp hati tu dah jatuh cinta pandang pertama kat kasut tu...so aku masih menaruh harapan untuk berjumpa kasut saiz 40 tu...aku pun pi kat setiap rak kasut ...tak semena2 aku terjumpa kasut saiz 39 so dlm hatiku ada harapan besar aku akan terjumpa kasut saiz 40 yg satu lg tu...so aku pusing2 kat situ cari kat kotak2 kasut brand yg lain....cari punya cari alhamdulillah aku jumpa di situ....rasa seronok coz akhirnya dapat jugak!!! Tambah seronok lagi coz aku beli gan duit hasil titik peluhku sendiri... pas ni apa pulak aku nak beli?

12 November 2009

Tenggelamnya kapal van der wijck

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck merupakan sebuah karya tersohor oleh Prof Dr. Hamka. Ianya adalah kisah cinta seorang pemuda kampung miskin yang tidak punya saudara bernama Zainuddin terhadap seorang gadis dari keluarga ternama bernama Hayati. Cinta mereka tidak mendapat restu keluarga Hayati. Pinangan Zainudin ditolak. Hayati dijodohkan dengan pemuda pilihan keluarga bernama Aziz yang dikatakan lebih layak mendampingi Hayati.

Cerita ini berkisar tentang semangat juang Zainuddin, bagaimana merana dan melaratnya hidup Zainuddin setelah cintanya ditolak oleh keluarga Hayati. Kemudian beliau bangun semula dari segala kedukaan, membuka lembaran baru dalam hidupnya menjadi seorang penulis yang ternama dan berjaya. Ia menceritakan tentang kesetiaan, cinta dan kasihnya Zainuddin terhadap Hayati. Meski Hayati sudah berkahwin tetapi sebaik mendapat tahu tentang kesusahan yang dihadapi Hayati, lantaran suaminya yang suka berpoya-poya serta tidak bertanggung-jawab, Zainuddin terus membantu tanpa ada dendam dan benci. Sesungguhnya cinta yang suci itu akan terus mekar di dalam hati hingga ke hujung nyawa begitulah jua cinta antara Zainuddin dan Hayati.

Cerita cinta ini disampaikan kepada pembaca melalui surat-surat yang ditulis oleh Zainuddin dan Hayati. Membaca surat-surat ini akan membawa kita terbang jauh ke dasar hati mereka. Sebuah cerita yang menyayat hati. Berkisar tentang pangkat dan darjat. Antara kekuatan jiwa, keimanan dan tuntutan nafsu.

Prof. Dr. Hamka menulis buku ini ketika beliau berusia 31 tahun ketika darah masih muda, khayalan dan sentimen masih memenuhi jiwanya dan beliau dikritik hebat kerana ia adalah sebuah buku cinta sedangkan pada zaman itu buku yang sebegini tidak pernah diterbitkan. Tetapi setelah sepuluh tahun berlalu, masyarakat mulai faham akan perlunya kesenian dan keindahan dalam hidup manusia.

walaupun beliau menulis tentang cinta, tetapi tidak lupa juga diselitkan tentang agama. malah, tidak ada yang lebih indah selain cinta yang berpaksikan agama dan bertunjangkan redha Tuhan.

Kata-kata indah dalam novel ini...

[ ketahuilah bahawa Allah yang menjadikan matahari dan memberinya cahaya. Allah yang menjadikan bunga dan memberinya wangi. Allah yang menjadikan tubuh dan memberinya nyawa. Allah yang menjadikan mata dan memberinya penglihatan. maka Allah pula lah yang menjadikan hati dan memberinya cinta. maka, marilah kita pelihara dan pupuk nikmat cinta ini sebaik-baiknya supaya jangan dicabut Tuhan kembali. - kata Zainuddin kepada Hayati]

Surat daripada Zainuddin kepada Hayati;
Lebih seratus kali namamu ku sebut dalam sehari. Kadang-kadang saya terpanggil dalam nyanyianku, kadang-kadang dalam ratapku. Kicut pintu ditolak angin, terasa langkah kau yang terdengar. Masih juga belum percaya, kau telah membuang saya dari ingatanmu. Saya tanyai diri saya, apakah saya berdosa kepadamu? Tidak rasanya, bahkan dosa yang lain yang kerap saya perbuat untuk mencukupkan cintaku kepadamu
.

Surat Kahdijah (sahabat Hayati ) kepada Hayati
Cinta tidaklah teguh untuk mempertalikan laki isteri. Tali yang teguh adalah kemaslahatan kedua belah pihak. Cinta adalah bunga melur yang indah warna dan harum baunya dua hari genap ketiga selama air masih cukup dalam jambangan, selama tiga hari itu pula subur dan indahlah hidupnya. Yang selalu akan mengancam akan kesuburannya ialah kemiskinan. Kalau harta cukup cinta menjadi kalau harta tiada pergaulan terancam. Cinta atau rindu, dendam kasih sayang atau asyik maksyuk biarlah tinggal dalam khayal dari angan-angan pengarang hikayat.


9 November 2009

Wall Plaque




Beli kat carboot...just 5 pound for 7 pieces






Patern yang ni pulak beli di ebay for my eldest sister. Dia mmg suka benda2 camni. Brand Wedgewood...ada 6 pieces...agak mahal tp oklah kalu beli kat msia mana nak dapat...

8 November 2009

texas chicken..





KFC halal di UK ni ada di bandar2 tertentu shj spt London dan Manchester. Di Bristol takde...so dpt makan ayam texas ni pun jadilah...ala2 KFC gak...alhamdulillah hari ini ada org belanja....makan ramai2...

Minggu lepas masa pi ke Manchester makanlah KFC halal ...tp aku rasa KFC di Msia lagi sedap...!!!

6 November 2009

kawan lama...


Siti Rohana Borham n anak gadisnya

Tak sangka aku akan jumpa kawan lama di facebook...kawan semasa di Sek keb bukit Kapar tahun 1975-1980. Pas tu sekolah di Sek Men Meru,Klang...aku sampai tingkatan 3 dan dia sampai tingkatan 5. Lost contact selepas aku berpindah ke Sek Men Teknik Melaka.Walaupun sekampung tp tak pernah terjumpa. Dan aku terjumpa sekali semasa pilihanraya kalu tak silap tahun 1998. Seronoknya kalu dpt reunion blk dgn kawan2 sek rendah dan menengah...

5 November 2009

Seorang lagi rabun...


syazwan n his new spec...

Kerutup ayam



Dari malam tadi aku dok pikir nak wat pe pulak utk sarapan pg ni....untuk bekal anak5 aku dah plan wat tortilla je n nugget. Aku masuk dapur....tengok2 ada kerutup ayam semalam...so alhamdulillah ...takyahlah aku masak yang berat2 pagi ni....aku just panaskan kerutup tu wat cecah gan roti....roti tu aku kukus bagi lembut.....

Resepi kerutup ni aku dapat dr blog Hanieliza...Kebetulan mmg aku ada rempah kerutup yang kakak aku kirim. Mmg sedap....tq hanieliza!

Bahan
1 ekor ayam [1.5 – 2.0 kg]
80 gm rempah kerutup [ dibancuh dgn sedikit air]]
800 ml santan [ 1 biji kelapa]
30 gm gula merah
30 gm kerisek ( Aku tak bubuh tu sebab agak cair)
80 ml minyak untuk menumis

bahan kisar
100 gm bawang merah goreng
2 biji buah keras
2 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara
1. Tumiskan bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan rempah. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan ayam, kerisek, garam gula dan santan. Biarkan sehingga mendideh
4. Masakkan sehingga kuah pekat dan ayam lembut.
5. Pastikan kacau sekali sekala.
6. Hidangkan dengan nasi atau roti.

4 November 2009

Paternne...( to my sis)


Giye aku tuku...awi seng arek...warna biru tp kembange podo wae...

Seng giye Royal albert Old country roses...seng giye seng akeh nang msia...wong sukak. Aku tuku jugak tp tuku set 6 wae...tp tekone orong tuku. Arek ngolek seng murah sitik...nang ebay.
Aku isek ngolekno enggo kue....



giye teko noritake...aku tuku enggo kue seng gold plated...seng nang gambar ni aku punya...silver plated. Rak ngetilah kue sukak rak...tp cawan ne orong eneng.


Paterne koyo giyelah ...kosong tp ada corak nang tepine...

Ok rak? aku tuku coz murahlah...angger nang msia larang banget....

3 November 2009

3 dalam 1...

World Track cycling championships berlangsung di Manchester(30 okt-1 nov 09). Hb pi tengok coz menteri sukan pun mai....so aku pun tak lepaskan peluang ikut sekali ...kebetulan time cuti sekolah..kami bertolak pagi Jumaat ...tp mira n nadia taknak ikut so diaorg stay kat umah Yan.
Kawan2 dok kata port merion di Stoke tengah offer so aku minta hb singgah sat ....

Di manchester kami tido umah Farid/Mastura...diaorg baru pindah umah baru...sewa murah n rumah besar...di manchester sewa rumah mmg murah compare di Bristol. Hari sabtu aku gan anak2 serta family mastura pi jalan2 di Salford....anak2 tengok wayang ...murah je 95 p/org (parents free).Hb pi tengok cycling lagi.Mastura bawa aku tengok noritake...sale 75% less...hi berkenan lak.....tp tak complete setnya..Lunch pd hari sabtu tu kat umah Lin/Fadhil....lepak kat umah Lin sampai malam coz awi pi pulak tengok cycle gan fadhil . Balik tu depa beli KFC halal...seronoklah anak2!!

Kami bertolak balik pg ahad...