8 August 2021

Fantasi rinduku

 


 

Malam tadi

Ku manifestasikan sebuah mimpi

menjadicerita rindu teragung

Ketika bayanganmu menjadi teman

Ku biarkan diriku lemas dalam lautan rindu

Gadisku termanis senyummu

Demi cintaku demi kasihku

Demi dan keranamu, demi segalanya

Biarkan ku telan selautan hempedu

Biarkan ku renangi selautan bara

Biarkan ku tenggelam dalam selautan racun

Kerana alam telah menyakinkan

Bahawa kau tercipta untukku

Datanglah kasih datanglah saying

Sekalipun dalam fantasiku

Mimpilah kita dipuncak asmara

Agar tercatit dalam lipatan hidup

Selembar rinduku bukan mimpi lagi

Kerana Ketika aku membuka mata

Ia masih disitu…masih disitu

 

 

 

 

No comments: