8 August 2021

Kasihku

 

Saat  begini tercari-cari

Bayangan wajahmu diantara hamparan

Rindu yang berguguran semalaman

Sesekali seperti engkau hadir

Diantara ruang memoriku

Dan terbelenggulah aku diantara

Kota kasih sayang yang Kubina sendiri

 

Ingin ku ulang pertemuan

Walau hanya seketika agar dapat

Kembali mengutip bilur-bilur kemesraan

Menemani aku menuruni lembah keresahan.

 

Setiap detik mengharungi rindu yang

Panjang mengajarku untuk mengerti

Bahawa rinduku tak pernah padam

Kerana cintaku masih menyala dan

Perjalanan mengharung rindu tidak

Berakhir kerana masih ada malam esok.

 

Sekalipun aku letih kekasih

Aku tidak pernah jemu merinduimu.

 

 

 

No comments: